Isnin, 28 April 2014

Tahniah Abangku

Assalammualaikum everyone. Apa kabar ?? Sehat kaaa ??? Lama Atin tak buka belog ni. Kali terakhir Atin update belog 18hb , hari ni dah 28hb maknanya dah 10 hari belog Atin ni menyepi.

Entry kali ni Atin nak cerita pasal abang Atin, Mohd Syafiq namanya. Syukur Alhamdulillah, dia dah dapat kerja sebagai Pegawai Imigresen setelah beberapa tahun yang lalu duk tanam anggur tapi sampai la takdan rasa buah anggur yang ditanam oleh beliau. Semalam Atin baru balik dari Port Dickson. Kami 1 family hantaq dia pi training kat Teluk Kemang, Negeri Sembilan. 

Kalau hampa semua nak tau dia satu-satunya abang yang Atin ada, sedih sangat bila dia tadak kat rumah ni. Sunyi dan sepi. Kalau ada pun kami bukan menyembang sangat tapi sekurang-kurangnya tak larh rasa sunyi, tu la orang kata bila ada depan mata kita buat tak tau, bila jauh rindu terasa. k, boleh muntah hijau noww...

Masa pi hantar dia kat Port Dickson tu, Alhamdulillah nasib baik masa tu Atin cuti mid sem, tidak ni Atin tak dapat ikut serta pi hantaq dia larh jawapnya. 

Abang Atin ni dah nikah, ada 2 orang anak. Anak sulung perempuan dan anak kedua lelaki. Sedih kut tenguk anak dia, bila kami sampai Perlis terus dia pi kat tempat yang selalu PAPA dia duk online, buat kerja and etc. ( Ecely kami 1 family panggil PEJABAT ). Bila anak dia pi tenguk, tengk-tenguk papa dia tadak pun. T_T. Sedih bak hang. Nasib dia tak  teriyak  nangis.

Serius Atin rasa sunyi sangat , rasa macam nak menitis ayaq mata ni. ( Hahahaha GEDIKSss ). Apa-apa pun, kami 1 family kena sabar. Lagipun dia pi training 2 bulan ja. Hehehe. 2 bulan pun lamaa ooo. Ambil masa jugak nak biasa. Yalarhh dia bukan selalu pi jauh lama-lama. Sapa tak sedih. kan kan kan.

Ni lepas abih training ni , kita tak tau lagi depa nak hantaq dia pi kerja kat mana. Buatnya dia kena pi jauh-jauh lagi arr sedihhh. Hehehehe. Atin ni boleh duk asrama jauh dari family TAPI Atin tak leh duk rumah kalau ada ahli keluarga yang terpaksa pi mana-mana dalam jangka masa yang lama. ( Rinduuu kut ).

BTW cukup larh setakatni ja entry kali ni. Len kali kalau rajin Atin update lagi, daaaaa.

P/S : Thanks you sudi baca. ;)





Tiada ulasan :

Catat Ulasan