Khamis, 21 April 2016

Kek Red Velvet Kukus

Assalammualaikum everybody, setelah sekian lama Atin tak meng-up-date belog ni, last update time sebelum pegi praktikal kat Langkawi tahun lepas 2015, kononnya lepas balek pratikal nak menaip entry tentang perjalanan dan pengalaman semasa praktikal tetapi habuk pun tarak. Penyegan punya budakkk.

Entry kali ni Atin bukan nak cerita pasal pengalaman praktikal tapi nak kongsi satu resepi menarik yang Atin dah TER jumpa dalam Facebook baru-baru ini. KLIK SINI.

Bukan apa, tah tiba-tiba saja Atin teringin nak makan Kek Red Velvet tapi keinginan itu disimpan dalam hati ja, kena pulak satu hari tu Atin duk scroll Facebook then terjumpa resepi Red Velvet, hahh pucuk dicita ulam mendatang (errrr betuii ka dak pribahasa ni ntahhh....abaikan ja kalau salah) Atin terjumpa laa resepi yang di idam-idamkan selama ini. Eeww poyo + gedikssnya.

So apa lagi Atin pun teruih buka Microsoft Word salin balik resepi yang diberi, tanya nu tanya ni dapat la faham dengan jelas cara-cara nak buat kek ni. Petang tadi terus pi cari barang, fuhhh semangat nak makan kek idaman padahal bukan reti makan cheese sangat, saja nafsu saiton nirojim tu ja lebih.

Serius talkk... kek nihhh memang lembut dan moist sangat-sangat. So yummy. Bahan-bahan dia tak la banyak, normal la, butter pa semua tu. Tapi resepi ni boleh jugak kalau hampa nak guna marjerin, nak sedap kita guna butter la, tapi kalau guna marjerin pun sedap aihhh.

Okay la,kita toksah duk merapu panjang, jom kita usya apa bahan-bahan yang diperlukan untuk buat kek ini. Jom jom.

Sat nak tayang kek dulu.

Maaflah cheq ni tak berapa pandai nak deco, part hok sedih buah stoberi pun tadak, tadi pi beli barang kalut-kalut takdan sampai terlupa nak beli stoberi. Tapi takpa, makan jaa larh apa yang ada, BERSYUKUR. Hehehe.

RED VELVET KEK KUKUS

Sumber : Azlina Ina Fans

Ada lagi bahan tapi lupa nak ambil gambaq
Bahan-bahan :-

200 ml fresh milk
1 sudu besar cuka masakan - Atin guna cuka buatan ja
1 sudu besar pewarna merah - kak Ina kata, guna hok serbuk warna dia lawa

campur kesemua bahan ni untuk buat buttermilk, jangan kacau. biaq 10 minit.

230 gram butter/marjerin - Atin buh 250 gram teruih he..he..he..
1 cawan gula halus/gula kastor

Putar kedua-dua bahan ni sampai kembang.

2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar serbuk koko
3 biji telur ayam gred A

Ayak tepung, serbuk koko dan baking powder. Ketepikan.

Lepas butter dan gula yang diputaq tu kembang, masukkan telur ayam sebiji demi sebiji. Hok last tu Atin tambah la esen vanilla sikit, dalam resepi tak suh buh pun. Tapi saja gediks nak buh jugakk.

tambah jangan tak tambah
Lepas habis buh semua telur, dah sebati la kiranya, masukkan pulak tepung berselang seli dengan buttermilk kita tadi yang telah dibiarkan selama 10 minit. Sebelum masuk buttermilk tu, kacau la dulu buttermilk tu sikit, tapi pastikan lebih dari 10 minit baru kacau naaa.

1 sudu kecil soda bikabonat
1 sudu besar cuka masakan

campur kedua bahan ni, bila berbuih terus buh dalam adunan. Kacau sat then buh dalam loyang, tuppaware, dan kontainer ka pa benda yang hampa prefer nak guna tapi pastikan boleh guna untuk mengukus naaaaa.

Kukus selama 20 minit, sebelum nak kukus tu panaskan pengukus dulu. Atin kukus 25 minit. Saja derhaka resepi. Hehehe.


Jangan lupa tutup kek anda dengan plastik or aluminium foil sebab tamau bagi wap ayaq timpa kek

Api buka sederhana sahaja. Jangan buka api deras (kuat).

Atin dapat 5 bekas. satu tertimpa ayaq T_T
tapi takpa boleh la guna buat deco,
so buang bahagian yang timpa ayaq tu, perelai kek menjadi seperti gambar di atas.

Okay la kita cerita pasal cream cheese dia.

CREAM CHEESE leleh for Red Velvet

Atin dapat banyak ni jaa
250 gram cream cheese
1/4 cawan susu cair
1/4 cawan whipping cream dairy
1/2 cup susu pekat

Blender semua bahan ni lepas tu tuang atas kek dan tabur parutan cheddar cheese. Siap.

Ouhhh kalau nak bakar pun boleh, suhu 170'C bakar selama 20 minit jugak.

Selamat mencuba naaa. bye-bye.
Mana ada salah dan silap harap di maafkan.


Tiada ulasan :

Catat Ulasan