Khamis, 26 Februari 2015

Praktikal Oh Praktikal

Assalammualaikum dunia dan selamat pagi. Mata Atin masih segar lagi walau jam sudah menunjukkan pukul 12:07 am. Huhuhuhu. Ni entry terakhir Atin untuk bulan ni. Kalau nak tenguk Atin update entry baru, tunggu lah lepas raya nanti k. Tu pun kalau rajin nak menaip lah. Hahahaha.

Pengalaman part time di Cinta Sayang Resort, Sungai Petani
Pejam celik pejam celik, sedar tak sedar dah setahun lebih Atin belajar kat Kolej Komuniti Sungai Petani, banyak kenangan manis dah pahit Atin dah alami semasa Atin belajar kat sana.

Jamuan akhir semester 3 di Salak Denai kut, lupaaaaa daaa
Berair mata, ketawa tak ingat dunia dan macam macam lagi. Biasalah manusia tak sempurna, adakala kita membuat orang terluka begitu jugak sebaliknya. Apa yang penting kita cuba maafkan kesilapan dorang kat kita dan kita jugak haruslah minta maaf pada mereka yang kita telah sakiti. Muahahaha. Poyooo.

Yang pasti Atin bakal merindui mereka semua, rindu serindu rindunyaaaaa.

Girls...kami di Langkawi..Cari tempat praktikal kononnya
 Malam  Pagi ni hati Atin bercampur baur, ada sedih, ada happy ada perasaan yang sukar digambarkan, sekali lagi poyooooo. Hahaha. Hmmmm  esuk  pagi satg or tengah hari satg Atin dah nak berangkat gi Langkawi. Sedihnyaaaaa, 4 bulan duk sana tak balik sebab masa tak mengizinkan.

Nak balikkkk. Nak balikkkk.


Kami di INTAN
Tularh pilih lagi tempat praktikal  dekat dekat  jauh jauh padan larh dengan muka anda. Hahahaha, ketawa jahat. Hok dekat tamau ambil nak jugak pilih jauh, dahla kena seberang laut. Tapi Atin memang suka Langkawi, sebab Langkawi banyak pantai, hari-hari boleh dating dengan laut. Atin memang suka gila dengan laut.

Apa pun terima sahaja larh, InshaAllah ada hikmahNYA. Belajar dari kesilapan itu HARUS dan WAJIB. Muahahaha. Gila sudahhh.

Apa pun Atin dah no idea nak menaip. Terima kasih sudi baca belog buruk ni. kBye.
Muahhh cikeddd :*

Tiada ulasan :

Catat Ulasan