Jumaat, 18 April 2014

First day & First time

Hai si cantik dan si comel yang tengah baca baca belog Atin. Apa kabar ??? Sihat ka ?? Harap hampa semua sehat-sehat saja larh noh.

Entry kali ni Atin nak ceta pasal Kelas Memandu Atin. Fuhhhhhhhh memang berdebar-debar. ( Over larh pulak minah ni ) hehehe.

Hari ni 19 April 2014 first time Atin bawa kereta. Takut, seram berdebar-debar semua ada. Masa dalam kereta tu Atin tak rasa macam Atin yang tengah bawa kereta. Rasa macam tak wujud di situ sebab terlalu takut dan tak berani. ( Poyo ).

Mula-mula Atin diajar basic nak bawa keta camna. Susah ada senang ada. Paling Atin tak berkenan dekat BUKIT. Arghhhhh. Tension baQ hiang. Banyak kali jugak mati enjin akibat Atin terlepas clutch. Dah larh handbrake dia tu keras. Jenuh Atin nak tarik.

Agak tension disitu. Grrrrrrr. Sampai ejen pun macam nak marah. Hehehehe, Sorry mehhhh saya budak baru belajar larh jugak. Jangan marah-marah nanti lekas tua. ( Ejen orang India ).

Lepas 2 jam belajar bawa kereta, Atin pi belajar bawa moto pulak. Ni bukan kali pertama Atin bawa moto. Banyak kali la jugak TAPIII yang banyak kali la jugak tu bukan Atin reti bawa. Atin belajar ja. Tu pun sampai lenguh habis kaki. Tapi masih tak reti-reti.

Kali ni, Alhamdulillah, Atin boleh bawa moto. Hehehe. Mungkin sebab jalan besar. ( Alasan ). Memula Atin bawa guna gear 4 dulu. Bawa kat jalan straight ja pun memang la senang kan. Kikikiki. Time jalan  yang ada selekoh  yang nak kena U-turn Atin ni bukan reti nak kona ( belok ). Tapi kali ni Alhamdulillah. Boleh larh buat. Hehehe. ( Gedikss nya minah ni , sabooo jalarh ).

Lepas Atin di ajar kat jalan straight, Atin disuruh buat pusingan 8.  Kemudian Selekoh tajam. Kemudian lalu kat titi ( Atin tak naik pun titi ) kang tak pasai-pasai jatuh kat situ baru reti. Then lalu kon then brake mengejut ( kot ). Hentam saja larh labuuuu.

Besuk ada kelas lagi. Adoiii. Takut and seram. Hai larh bukit awat larh mai tang hang aku FAIL. Hurmmm sabo jalaaaa.

Apa-apa pun semoga Allah S.W.T memudahkan urusan Atin besuk. Sekian berakhirlah cerita ini.

P/S : Thank you sudi baca belog Atin. :*





Tiada ulasan :

Catat Ulasan