Entry kali ni Atin nak kongsi resepi Spaghetti Bolognese Homemade. So lepas ni sesapa yang rasa teringin nak makan Spaghetti Homemade boleh larh buat sendiri kat umah. Jimat sikit. Acely ni resepi kakak Atin. Hehehehe.
BTW resepi yang Atin nak kongsi dengan hampa ni simple aje, hampa boleh tambah benda lain mengikut citarasa masing-masing larh noh. Dalam resepi kakak Atin ni kuah sos nya cuma ada isi ayam & sosej je. Kalau ada nak tambah daging kisar ka , mushroom ka apa ka suka hati hampa larh ehhh.
Spaghetti Homemade
Sumber : Rohaiza Rosli
Bahan-bahan ( Spaghetti ) :-
1/2 paket Spaghetti
1/2 sk Garam
1/2 sb Minyak
Air untuk merebus
Cara-caranya :-
Panaskan air dalam periuk, masukan minyak dan garam biarkan ia mendidih ( guna api sederhana ye ). Bila air dah mendidih masukkan spaghetti & rebus hingga lembut ( sampai spaghetti tu menjadi aldente ). Then toskan spaghetti tersebut dan bilas ia dengan air supaya spaghetti itu tidak melekat.
Gambar PakCik Google
Bahan-bahan ( Sos ) :-
2 sb minyak masak
2 ulas bawang putih - tumbuk halus
2 ulas bawang merah - tumbuk halus
100g Isi ayam cincang/kisar
2 batang sosej - hiris slice
1 tin sos Prego Traditional ( ikut citarasa masing-masing )
4 sb sos cili
4 sb kicap manis
Garam - to taste
Gula - to taste
1 tin air ( sukat guna tin sos )
** kalau sos yang hampa buat tu agak cair, bancuh tepung jagung 1 tbsp + 2 tbsp air & tuang dalam sos
Cara-caranya :-
1. Tumis bawang merah & bawang putih hingga naik bau. Masukkan daging ayam tumis hingga separuh masak kemudian masukkan sosej dan tumis hingga masak kedua-duanya.
2. Masukkan pula sos prego , 1 tin air , sos cili, dan kicap gaul ia bagi rata kemudian biarkan ia mendidih dengan api perlahan.
3. Setelah mendidih masukkan gula dan garam secukup rasa kacau ia sebati.
4. Hidangkan spaghetti diatas pinggan, apabila sos sudah masak tuang atas spghetti tadi.
5. Kalau rasa nak letak cheese parmesan pun boleh. ;)
** Selamat Mencuba **
P/S : Thank you sudi baca belog Atin ;)
2. Masukkan pula sos prego , 1 tin air , sos cili, dan kicap gaul ia bagi rata kemudian biarkan ia mendidih dengan api perlahan.
3. Setelah mendidih masukkan gula dan garam secukup rasa kacau ia sebati.
4. Hidangkan spaghetti diatas pinggan, apabila sos sudah masak tuang atas spghetti tadi.
5. Kalau rasa nak letak cheese parmesan pun boleh. ;)
** Selamat Mencuba **
P/S : Thank you sudi baca belog Atin ;)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan