Rabu, 30 April 2014

Kegilaan Cik Fatinalwani anak Pak Cik Rosli dan Puan Zainab

Holaaa, Assalammualaikum semuanya.

Heheheh, hari ni, malam ni, saat ini jari jemari Atin terasa bersemangat pulak nak menaip entry. Mimpi apa tak tau larh. ( buat lawak yang tak lawak langsung ). Abaikan.

Entry kali ni Atin nak cerita tentang KEGILAAN Atin. Ecely Atin ni suka sangat dan suka tahap  dewa  gaban kalau nak membaking. Huhuhuhu. Sebut ja nak buat kek atau biskut mesti otak Atin ni nak menjerit kegembiraan ( ehhh otak menjerit ??? betul ke tak budak ni ) Muahahahaha.

Tapi seriously, Atin ni memang obsess kalau sebut tentang baking, pasty, bakery or seangkatan dengannya. Ecely Atin takla pandai sangat. Pernah buat kek tapi tak menjadi. Memang kecewa sangat. Tapi Atin tak mau mengalah, tak mau putus asa sebab dari kesilapan itu kita belajar dimana salah kita. 


Rainbow kek yang tak berapa nak jadi
Ni first time Atin buat rainbow kek. Memang banyak sungguh ujian masa tu. First mixer rosak. Lepas tu cream cheese dia tak cukup. Deco yang entah pape. Kek dia pulak cepat sangat nak relai ( pecah ). Sedih kut. Mula-mula rasa give up tapi my sis bagi semangat. Dia kata takpa belajar dari kesilapan. Huhuhu.

Chocolate Indulgence Cake
Muahahaha ni first time gak buat Kek Coklat Indulgence. Hehehehe. Penat kut nak buat kek ni. Nak kena buat satu-satu. Banyak jugak halangan. Tapi bila dah siap memang seronok gila. Muahahahaha.


Rainbow Kukis / Biskut Lidah Kucing
Rasanya ni first time gak Atin buat biskut ni. Memula buat tak rasa ranggup sangat tapi tetapi lincin balang. Lepas tu buat len Alhamdulillah ranggup dimulut. Muahahahaha. Biskut ni menjadi kesukaan anak sedara Atin.

Bebola cinta. Muahahahaha
Ecely Atin tak tau nak buh nama apa. Asalnya kek rainbow kali kedua Atin buat tak menjadi sebab dia pecah-pecah. Then kakak Atin bagi idea suruh buat bebola ni. Memang nyum nyum kalau makan time sejuk. Muahahaha.

Pretzel, maaflah rupa dia buruk gila, sebenarnya
Atin tak pandai nak buat, tapi gedikssss jugak nak buat
Kononnya nak buat pretzel. Tapi entah larh jadi ka dah. Muahahaha. Masa nak uli doh pretzel ni memang lenguh gila tangan. Duk malam tuh Atin terus sakit pinggang. Tula mixer ada tamau guna. Nasib larhh kan.


Oreo Cheesecake baked
Ni first time gak Atin buat oreo cheesecake ni. Ecely Atin ni bukan makan sangat cheese-cheese ni  tapi  oleh sebab ada perasaaan ingin mencuba Atin buat jugak. Hehehehe. Maka ini larh hasilnya.

Rasanya ada lagi gambar-gambar yang Atin nak kongsi tapi Atin tak tau duk tang mana. Mata dah start berat, cukup larh enty kali ni Atin merepet. Next time Atin muncul lagi dengan kacang parpu yang lain.

Pssssttt. KACANG PARPU maksudnya MERAPU. Lawak tak sampai. Abaikan larh.

k, bye. Good nite si comel dan si kacak.

Thank you sudi baca. Tata titi tutu. Muah cikedddd... :*

Isnin, 28 April 2014

Tahniah Abangku

Assalammualaikum everyone. Apa kabar ?? Sehat kaaa ??? Lama Atin tak buka belog ni. Kali terakhir Atin update belog 18hb , hari ni dah 28hb maknanya dah 10 hari belog Atin ni menyepi.

Entry kali ni Atin nak cerita pasal abang Atin, Mohd Syafiq namanya. Syukur Alhamdulillah, dia dah dapat kerja sebagai Pegawai Imigresen setelah beberapa tahun yang lalu duk tanam anggur tapi sampai la takdan rasa buah anggur yang ditanam oleh beliau. Semalam Atin baru balik dari Port Dickson. Kami 1 family hantaq dia pi training kat Teluk Kemang, Negeri Sembilan. 

Kalau hampa semua nak tau dia satu-satunya abang yang Atin ada, sedih sangat bila dia tadak kat rumah ni. Sunyi dan sepi. Kalau ada pun kami bukan menyembang sangat tapi sekurang-kurangnya tak larh rasa sunyi, tu la orang kata bila ada depan mata kita buat tak tau, bila jauh rindu terasa. k, boleh muntah hijau noww...

Masa pi hantar dia kat Port Dickson tu, Alhamdulillah nasib baik masa tu Atin cuti mid sem, tidak ni Atin tak dapat ikut serta pi hantaq dia larh jawapnya. 

Abang Atin ni dah nikah, ada 2 orang anak. Anak sulung perempuan dan anak kedua lelaki. Sedih kut tenguk anak dia, bila kami sampai Perlis terus dia pi kat tempat yang selalu PAPA dia duk online, buat kerja and etc. ( Ecely kami 1 family panggil PEJABAT ). Bila anak dia pi tenguk, tengk-tenguk papa dia tadak pun. T_T. Sedih bak hang. Nasib dia tak  teriyak  nangis.

Serius Atin rasa sunyi sangat , rasa macam nak menitis ayaq mata ni. ( Hahahaha GEDIKSss ). Apa-apa pun, kami 1 family kena sabar. Lagipun dia pi training 2 bulan ja. Hehehe. 2 bulan pun lamaa ooo. Ambil masa jugak nak biasa. Yalarhh dia bukan selalu pi jauh lama-lama. Sapa tak sedih. kan kan kan.

Ni lepas abih training ni , kita tak tau lagi depa nak hantaq dia pi kerja kat mana. Buatnya dia kena pi jauh-jauh lagi arr sedihhh. Hehehehe. Atin ni boleh duk asrama jauh dari family TAPI Atin tak leh duk rumah kalau ada ahli keluarga yang terpaksa pi mana-mana dalam jangka masa yang lama. ( Rinduuu kut ).

BTW cukup larh setakatni ja entry kali ni. Len kali kalau rajin Atin update lagi, daaaaa.

P/S : Thanks you sudi baca. ;)





Jumaat, 18 April 2014

First day & First time

Hai si cantik dan si comel yang tengah baca baca belog Atin. Apa kabar ??? Sihat ka ?? Harap hampa semua sehat-sehat saja larh noh.

Entry kali ni Atin nak ceta pasal Kelas Memandu Atin. Fuhhhhhhhh memang berdebar-debar. ( Over larh pulak minah ni ) hehehe.

Hari ni 19 April 2014 first time Atin bawa kereta. Takut, seram berdebar-debar semua ada. Masa dalam kereta tu Atin tak rasa macam Atin yang tengah bawa kereta. Rasa macam tak wujud di situ sebab terlalu takut dan tak berani. ( Poyo ).

Mula-mula Atin diajar basic nak bawa keta camna. Susah ada senang ada. Paling Atin tak berkenan dekat BUKIT. Arghhhhh. Tension baQ hiang. Banyak kali jugak mati enjin akibat Atin terlepas clutch. Dah larh handbrake dia tu keras. Jenuh Atin nak tarik.

Agak tension disitu. Grrrrrrr. Sampai ejen pun macam nak marah. Hehehehe, Sorry mehhhh saya budak baru belajar larh jugak. Jangan marah-marah nanti lekas tua. ( Ejen orang India ).

Lepas 2 jam belajar bawa kereta, Atin pi belajar bawa moto pulak. Ni bukan kali pertama Atin bawa moto. Banyak kali la jugak TAPIII yang banyak kali la jugak tu bukan Atin reti bawa. Atin belajar ja. Tu pun sampai lenguh habis kaki. Tapi masih tak reti-reti.

Kali ni, Alhamdulillah, Atin boleh bawa moto. Hehehe. Mungkin sebab jalan besar. ( Alasan ). Memula Atin bawa guna gear 4 dulu. Bawa kat jalan straight ja pun memang la senang kan. Kikikiki. Time jalan  yang ada selekoh  yang nak kena U-turn Atin ni bukan reti nak kona ( belok ). Tapi kali ni Alhamdulillah. Boleh larh buat. Hehehe. ( Gedikss nya minah ni , sabooo jalarh ).

Lepas Atin di ajar kat jalan straight, Atin disuruh buat pusingan 8.  Kemudian Selekoh tajam. Kemudian lalu kat titi ( Atin tak naik pun titi ) kang tak pasai-pasai jatuh kat situ baru reti. Then lalu kon then brake mengejut ( kot ). Hentam saja larh labuuuu.

Besuk ada kelas lagi. Adoiii. Takut and seram. Hai larh bukit awat larh mai tang hang aku FAIL. Hurmmm sabo jalaaaa.

Apa-apa pun semoga Allah S.W.T memudahkan urusan Atin besuk. Sekian berakhirlah cerita ini.

P/S : Thank you sudi baca belog Atin. :*





Khamis, 17 April 2014

3 Waktu Kita Dilarang Mandi

Haluuuuuuuu semua, and Assalammualaikum . .

Rasa macam lama sudah Atin tak meng update belog Atin. Huhuhu. Mai dah penyakitan malas menaip dalam diri Atin. Mula la Atin buat perangai malas, last sekali belog ni pun akan terbiar huhuhu T_T

Kesian . . kesian . .

Today Atin nak berkongsi dengan hampa tentang 3 waktu yang kita dilarang mandi. Enjoy & amalkan dalam kehidupan seharian hampa semua. InSha Allah akan sihat & bertenaga tubuh badan kita.

Ini antara waktu-waktu yang kita dilarang mandi :-

A. 30 Minit Setelah Solat Asar.
B. Setelah Maghrib.
C. Setelah Isyak sehingga pukul 12 malam.


Ini pula penjelasannya kenapa kita dilarang mandi pada waktu-waktu tersebut :-

A. 30 minit setelah solat asar itu adalah waktu dimana darah didalam diri kita ketika itu sedang panas, jika kita mandi ketika itu, akan menyebabkan badan menjadi lelah dan penat untuk melakukan perkerjaan.

B. Jantung kita setelah maghrib sudah mulai lemah untuk melakukan perkerjaan. Jadi, kajian menunjukkan bahwa ketika ini jika kita mandi akan menyebabkan paru-paru boleh dimasuki air dan boleh menyebabkan paru-paru basah.

C. Setelah solat isyak, ini saatnya jantung kita berhenti dan melakukan istirahat, jika mandi ketika ini akan menyebabkan kerosakan jantung akibat kemasukan air.

Sebaik-baiknya mandi setelah 1 jam dari jam 12 malam. Antara pukul 2 - 3 pagi, itu akan lebih memberikan tenaga kepada badan seperti mana bateri yang telah lemah di cas semula.

Sekian, harap maklum. Mesej ini daripada DR. ZAKIR NAIK.

Ahad, 13 April 2014

Happy Birthday To Me

4 hari sudah belalu, kini Atin dah berumur 20an. Alamak dah tuaa. Sobss sobss sobss. Cepatnya masa berlalu, rindu umur belasan tahun. Rasa macam nak undurkan je masa. Huhuhuhuhuhu T_T . Tapi itu memang TAK MUNGKIN dan sangat MUSTAHIL kecuali atas izinNYA.

BTW Atin tak tau nak cerita apa , tapi Atin rasa terharu bila ada orang ingat dan raikan birthday Atin walaupun simple tapi ianya amat bermakna buat Atin.

Si kiut miut yang raikan birthday Atin

Yang tengah pegang camera tu Huda, yang sebelah dia tu Atiqah, disebelah Atiqah tu Sharifah ( Pah ) dan terakhir sekali Majdina ( Majdina ni model tau ). Ni lepas habis kelas Teori Masakan. BTW comelkan dorang semua ni.

Lebih menyeronokan bila sahabat Huda ada buat something untuk Atin, dia ada buat cupcakes dan macaroon untuk Atin, sweet kan dia. Terharu rasa hati baQ hiang. Hehehehe.

Cupcakes & macaroon buatan tangan Huda

Sedap wooo , rugi sapa nak rasa, yang dalam  tapaware  tupperware siap ada ribbon tu pink tu macaroon. Hehehe lupa nak ambil pic macaroon.

Dari kiri Asifa, Atin, Asma, Huda, Atiqah, Pah dan Majdina

Kemudian hari ni pulak kakak Atin ada buat kek untuk Atin. Hehehe. So sweet sangat, best giler kan kan kan. Walaupun dah 4 hari berlalu Atin hargai sesangat sangat.

Tadaaa ni cake Atin

Apa-apa pun syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi izin dan peluang pada Atin untuk bernafas dan menghirup udara segarNYA.

Gunakan peluang yang ada sebaik mungkin untuk mencari keredhaanNYA. Sekian terima kasih ^_^

P/S : Thank you sudi baca belog Atin :*


Sabtu, 12 April 2014

Spaghetti Bolognese

Assalammualaikum & Salam sejahtera buat si kacak dan si comel yang tengah baca belog Atin.

Entry kali ni Atin nak kongsi resepi Spaghetti Bolognese Homemade. So lepas ni sesapa yang rasa teringin nak makan Spaghetti Homemade boleh larh buat sendiri kat umah. Jimat sikit.  Acely ni resepi kakak Atin. Hehehehe.

BTW resepi yang Atin nak kongsi dengan hampa ni simple aje, hampa boleh tambah benda lain mengikut citarasa masing-masing larh noh. Dalam resepi kakak Atin ni  kuah  sos nya cuma ada isi ayam & sosej je. Kalau ada nak tambah daging kisar ka , mushroom ka apa ka suka hati hampa larh ehhh. 


Spaghetti Homemade
Sumber : Rohaiza Rosli

Bahan-bahan ( Spaghetti ) :-

1/2 paket Spaghetti
1/2 sk Garam
1/2 sb Minyak 
Air untuk merebus

Cara-caranya :-

Panaskan air dalam periuk, masukan minyak dan garam biarkan ia mendidih ( guna api sederhana ye ). Bila air dah mendidih masukkan spaghetti & rebus hingga lembut ( sampai spaghetti tu menjadi aldente ). Then toskan spaghetti tersebut dan bilas ia dengan air supaya spaghetti itu tidak melekat.

Gambar PakCik Google

Bahan-bahan ( Sos ) :-

2 sb minyak masak 
2 ulas bawang putih - tumbuk halus
2 ulas bawang merah - tumbuk halus
100g Isi ayam cincang/kisar 
2 batang sosej - hiris slice
1 tin sos Prego Traditional ( ikut citarasa masing-masing )
4 sb sos cili
4 sb kicap manis
Garam - to taste
Gula - to taste
1 tin air ( sukat guna tin sos )

** kalau sos yang hampa buat tu agak cair, bancuh tepung jagung 1 tbsp + 2 tbsp air & tuang dalam sos

Cara-caranya :-

1. Tumis bawang merah & bawang putih hingga naik bau. Masukkan daging ayam tumis hingga separuh masak kemudian masukkan sosej dan tumis hingga masak kedua-duanya.
2. Masukkan pula sos prego , 1 tin air , sos cili, dan kicap gaul ia bagi rata kemudian biarkan ia mendidih dengan api perlahan.
3. Setelah mendidih masukkan gula dan garam secukup rasa kacau ia sebati.
4. Hidangkan spaghetti diatas pinggan, apabila sos sudah masak tuang atas spghetti tadi.
5. Kalau rasa nak letak cheese parmesan pun boleh. ;)

** Selamat Mencuba **

P/S : Thank you sudi baca belog Atin ;)



Jumaat, 11 April 2014

Jeng . . jeng . . jeng akhirnyaaa . .

Tadaaaaaaaaaaaaaaaa , jyeahh akhirnya dapat gak tukar mouse cursor.

Ewwww gedikss nyew nyampah titew tau. Muahahahaha.

Nampak sangat Atin ni KUNO a.k.a KETINGGALAN ZAMAN . Almaklumlah Atin ni baru nak belajar membikin belog. Setelah search sana search sini akhirnya Atin terjumpa 1 belog ni Blogspot Tutorial so lepas ni sesapa yang rasa nak change dia punya mouse cursor boleh larh lawati blog tersebut.

Tapiii untuk belog jerk tau. Bukan setakat nak change mouse cursor jerk ada macam-macam lagi yang boleh hampa edit belog hampa supaya nampak kiut miut. Acely Atin tak pandai sangat nak berbelog nih, akibat bosan dan tangan Atin ni ter gedikss so Atin TER create larh belog ke-TIGA ni.

Belog Atin yang terdahulu Atin dah tak ingat passwordnya almaklum larh dah nyanyuk. (T__T).

Kesian kesian kesiann. Muahahaha. Atin sebenarnya tak tau nak kongsi apa dengan hampa semua. Atin ni bukan jenis jiwang karat atau otak sastera takpun otak bergeliga, Atin hanya mampu tanam kacang parpu then jadi merapu.

So apa yang Atin tulis dalam belog Atin ni kebanyakannya merapu sahaja. Atin minta maap larh kalau ada yang tak suka (T__T) So otak Atin dah tak tau nak tulis apa dah, jadi setakat ini sahaja larh yer. Lain kali Atin merapu lagi. Daaaaa. 

P/S : Thank you sudi baca belog Atin. <3

Khamis, 10 April 2014

Lesen Oh Lesen

Alhamdulillah jyeahhhhh , Atin dah dapat Lesen L boleh larh gi belajar memandu nanti. Kuakuakua . Kesian kan kat Atin dah tua bangka baru tergediks gediks nak ambil lesen. Tak sabar rasanya nak memandu & menunggang  motosikal  scooter gi kolej & gi jejalan nanti.

Opsss Atin rasa maybe Atin takleh naik scooter nak gi kolej mesti ayah Atin tak bagi. Entah larh apa alasan ayah Atin mungkin dia bimbangkan keselamatan Atin almaklum larh Atin kan duduk di negeri orang lagipula Atin kan budak baru belajar. ( elehh budak larhh sangat . . nyampah titew ). Tapi kalau nak naik kereta pulak , Atin mana mampu yelarh minyak kereta kan  manyak  agak mahal lagipula Atin masih belajar. Mana nak cari duit maaaa.

Apa-apa pun Atin kena buat rayuan kat ayah Atin nak naik scooter je kalau nak pi kolej. Kalau dia tak izinkan maka TERPAKSA larh Atin minta tolong kakak Atin hantarkan naik kereta beliau.

T_T .Sobs sobss sobss.

Naik apa pun tak kisah larh, ( ayat pasrah ) mungkin ada hikmahnya disetiap kejadian ini. Allah tak jadikan sesuatu perkara tanpa ada sebab & hikmahnya. Maka Atin kena terima Qada & Qadar Allah dengan rela hati, moga ada kebaikannya suatu hari nanti. Cewahhh.

P/S : Thank you sudi baca cerita Atin yang merapu nih ^_^





Rabu, 9 April 2014

We Will Not Go Down


Ya Allah kejamnya Yahudi , teganya mereka memusnahkan apa yang tak sepatutnya. Apa mereka tidak punya hati dan perasaan. Apa mereka tidak mempunyai rasa belas kasihan. Ya Allah mengalir air mata ini melihat kekejaman puak Yahudi.

Ya Allah kagumnya aku melihat keberanian yang ada pada Muslimim & Muslimat Palestine , Syria & Egypt mereka masih gagah berdiri walaupun ujian dan cubaan datang bertubi-tubi tanpa diberitahu bila saatnya akan berhenti.

Ya Allah berikan kekuatan , ketabahan dan kesabaran kepada mereka yang teranaiya disana. Andai kata mereka gugur, gugurkan mereka sebagai Mujahiddin yang berjihad dijalan Allah S.W.T. dan tempatkanlah mereka bersama para Syuhada yang telah terdahulu merasai indah dan wanginya bauan syurga.

Ya Allah dikesempatan ini , aku menanamkan azam sebagai memulakan niat untuk mengikuti mereka para Syuhada untuk berjihad dijalanmu dan mudahan niat ini terus berbenih menjadi cambahan doa sebagai kekuatan untuk umat islam sejagat.

Aminnn . . (-__-)(-__-)

Edit Mengedit

Halloo , selamat malam semuanya . . Sedang apa dan dimana ?? Sihat-sihat sahaja ka , hari ni Atin tengah mengedit blog Atin . Aduhhhh pening bangat sihhh . Ndak tahu mau edit gimana . Tension . . tension . . tula gatal tangan lagi nak buat blog . Bukannya pandai pun nak buat ayat , merapu jerk lebih . . kua kua kua . . Ok larh nak sambung mengedit blog gua . Hehehehe . . Daaaa