Isnin, 2 Mei 2016

Jeruk Mangga Asam Boi

Hai semua, hari ni Atin TER rajin TER lebih nak menaip entry baru. Tajuk entry kali ni Jeruk Mangga Asam Boi, memang resepi ni agak ketinggalan zaman T_T, tapi tak salah kan kalau kita nak share jugak, dan terima kasih kepada yang sudi membaca, saya hargai sangat-sangat, muahhh cikedddd :*

Entah pasaipa tetiba teringin nak makan jeruk mangga ni, mentang mentang la sekarang duk kampung, pokok pelam belungguk kat sekitar rumah, so Atin pun merajinkan diri untuk kait buah pelam yang masih tersisa kat pokok, terpaksa berebut dengan kerengga. Punyalah banyak. Tabah laa nakkk. Nak makan punya pasal, padahal ada ja pokok yang tadak kerengga.

Atin terpaksa kutip jugak pelam kecik sebab dia pun nak terjun
Nak buat jeruk ni Atin buka banyak jugak belog sebab nak usya resepi. Antaranya belog kak Azlita Masam ManisCik Epal dan banyak lagi larh. Lain orang lain caranya. Hehehe. Resepi ni hampa boleh olah, mengikut selera masing-masing.

Setengah ada suka pedas, setengah suka masam, setengah suka manis, normal la tu. Macam Atin hantu pedas, tak boleh kalau tak pedas. Apa-apa pun kesihatan kena jaga jugak. Ermm nasihat untuk diri sendiri sebenarnya. Chia chia chiaaaa.

Sebenarnya, selain buah pelam, buah epal hijau pun boleh jugak kalau kita nak buat jeruk. Bergantung pada keinginan masing-masing la naaa.

Tanpa melengahkan masa, Atin nak share resepi jeruk pelam ni kat hampa yang sesetengah mungkin tak tau lagi nak buat, macam Atin, hehehe.

Jeruk Mangga Asam Boi

Bahan-bahan :

boleh reduce mengikut citarasa yerrr
Mangga muda / Mempelam
Asam Boi - ikut kemasaman yang di inginkan
Gula - bergantung pada berapa banyak buah hampa
Garam - bergantung pada berapa banyak buah hampa
Cili padi - potong kecik-kecik, nak pedas lebihkan

Cara-cara dia:

potong mengikut citarasa anda

1. Kupas mangga muda, cuci bersih-bersihdan toskan sampai ayaq kering.
2. Campur semua bahan-bahan di atas.
3. Simpan dalam peti sejuk 4-5 jam.
4. Siap sedia untuk di makan.

simpan dalam bekas yang ada penutup
P/S : -
kalau nak buh serbuk cili pun boleh.
kalau nak buh serbuk asam ko lagi sedap. tapi Atin tak buh pun, sebab serbuk asam ko tadak kat rumah. sobss sobsss.

Apa-apa pun kepada yang ingin mencuba, selamat mencuba. byebye.