Assalammualaikum bertemu lagi kita di hari Jumaat yang sungguh mulia ini, hari ni jari jemari Atin agak rajin nak menaip resepi The Best Brownies In The World. Memang the best pun, serius cakap. Hehehe.
Sejak akhir-akhir ni, Atin duk perati jak kawan-kawan kat Facebook, amboii bukan main lagi depa duk tayang brownies depa, mana boleh tahan. Terliur dibuatnya. Hahahaha. Raksasa makanan biasa la, mana boleh tenguk makanan, semua nak sapuuu tu badan supa tangki ayaq.
Sebelum ni Atin pernah guna resepi kak Azlita Aziz alaa belog Masam Manis tuuu. Nahh ni resepi kak Ita kita
KLIK SINI. Tapi kali ni Atin nak try resepi baru pulak dari belog kak Inahar's Cooking Time, untuk resepi
KLIK SINI.
Resepi kak Inahar's memang mudah sangat-sangat tau. Takyah guna coklat kompound pun takpa, kecuali kalau rasa nak buat garnishing la. Alaaa nak buat corak marble kat atas dia bagi lawa sikit. Muahahaha.
Tanpa melengahkan masa lagi, korang salin la resepi ni and try buat bila ada masa nanti.
THE BEST CHOCOLATE BROWNIES IN THE WORLD
Sumber 1 -
Ilaz Azhar
Sumber 2 -
Inahar's Cooking Time
Bahan A
4 biji telur
2 cup castor sugar
* resepi asal guna 2 cup castor sugar tapi saya tukar kepada,
1 cup castor sugar
1 1/2 cup brown sugar
1 cup melted butter
2 sk vanilla essence
Bahan B
1 1/4 cocoa powder
1/2 cup wheat flour
1 pinch salt
almond nibs *
walnut *
chocolate chips *
Tiga bahan B yang bertanda * adalah OPTIONAL, kalau rasa nak letak silakan, kalau tamau pun takpa, its up to you. Saya buh chocolate chips aje dehh.
Cara Membuatnya :
1. Gris loyang 10"x10" dengan butter atau minyak kemudian tabur sedikit tepung.
* Kalau rasa nak lapik dengan baking paper pun boleh, tapi haruslah gris dengan butter dahulu yaa anak-anak.
2. Dalam mangkuk, pukul telur sehingga kembang kemudian tambah gula kastor dan gula perang dan terus memukul sehinga gula hancur.
3. Lepas tu, tambah esen vanilla dan mentega cair.
* Bila dah buh mentega cair tak digalakkan untuk memukul lebih lama yaa. Kalau Atin lepas buh mentega cair ja Atin terus guna kaedah KAUP BALIK aje.
4. Kemudian tambah tepung, serbuk koko dan garam kaup balik sehingga adunan sekadar bercampur bahan gituu.
5. Akhir sekali boleh larh masukkan kekacang ke hape ke yang korang rasa nak bubuh. Kaup balik SAHAJA bagi rata. Jangan kaup lelama tau.
6. Tuang adunan kedalam loyang. Bakar pada suhu 180'C selama 30-40 minit bergantung pada suhu oven masing-masing. Atin guna api bawah dulu, lagi 10 minit nak masak baru Atin buka api atas bawah.
Tips
* Jangan putar adunan brownies terlalu lama naaaaa, kaup balik sekadar bahan bercampur aje.
* Kalau nak dust dengan ising sugar kat atas brownies yang sudah dibakar pun boleh.
* Sila potong dengan kadar segera bila brownies ni dah masak, takut satgi dia merekah bila dah potong waktu sejuk, tapi terpulang larh pada diri masing-masing na.
Selamat mencuba naaaa, rugi kalau tak cuba.