Isnin, 2 Mei 2016

Jeruk Mangga Asam Boi

Hai semua, hari ni Atin TER rajin TER lebih nak menaip entry baru. Tajuk entry kali ni Jeruk Mangga Asam Boi, memang resepi ni agak ketinggalan zaman T_T, tapi tak salah kan kalau kita nak share jugak, dan terima kasih kepada yang sudi membaca, saya hargai sangat-sangat, muahhh cikedddd :*

Entah pasaipa tetiba teringin nak makan jeruk mangga ni, mentang mentang la sekarang duk kampung, pokok pelam belungguk kat sekitar rumah, so Atin pun merajinkan diri untuk kait buah pelam yang masih tersisa kat pokok, terpaksa berebut dengan kerengga. Punyalah banyak. Tabah laa nakkk. Nak makan punya pasal, padahal ada ja pokok yang tadak kerengga.

Atin terpaksa kutip jugak pelam kecik sebab dia pun nak terjun
Nak buat jeruk ni Atin buka banyak jugak belog sebab nak usya resepi. Antaranya belog kak Azlita Masam ManisCik Epal dan banyak lagi larh. Lain orang lain caranya. Hehehe. Resepi ni hampa boleh olah, mengikut selera masing-masing.

Setengah ada suka pedas, setengah suka masam, setengah suka manis, normal la tu. Macam Atin hantu pedas, tak boleh kalau tak pedas. Apa-apa pun kesihatan kena jaga jugak. Ermm nasihat untuk diri sendiri sebenarnya. Chia chia chiaaaa.

Sebenarnya, selain buah pelam, buah epal hijau pun boleh jugak kalau kita nak buat jeruk. Bergantung pada keinginan masing-masing la naaa.

Tanpa melengahkan masa, Atin nak share resepi jeruk pelam ni kat hampa yang sesetengah mungkin tak tau lagi nak buat, macam Atin, hehehe.

Jeruk Mangga Asam Boi

Bahan-bahan :

boleh reduce mengikut citarasa yerrr
Mangga muda / Mempelam
Asam Boi - ikut kemasaman yang di inginkan
Gula - bergantung pada berapa banyak buah hampa
Garam - bergantung pada berapa banyak buah hampa
Cili padi - potong kecik-kecik, nak pedas lebihkan

Cara-cara dia:

potong mengikut citarasa anda

1. Kupas mangga muda, cuci bersih-bersihdan toskan sampai ayaq kering.
2. Campur semua bahan-bahan di atas.
3. Simpan dalam peti sejuk 4-5 jam.
4. Siap sedia untuk di makan.

simpan dalam bekas yang ada penutup
P/S : -
kalau nak buh serbuk cili pun boleh.
kalau nak buh serbuk asam ko lagi sedap. tapi Atin tak buh pun, sebab serbuk asam ko tadak kat rumah. sobss sobsss.

Apa-apa pun kepada yang ingin mencuba, selamat mencuba. byebye.




Khamis, 21 April 2016

Kek Red Velvet Kukus

Assalammualaikum everybody, setelah sekian lama Atin tak meng-up-date belog ni, last update time sebelum pegi praktikal kat Langkawi tahun lepas 2015, kononnya lepas balek pratikal nak menaip entry tentang perjalanan dan pengalaman semasa praktikal tetapi habuk pun tarak. Penyegan punya budakkk.

Entry kali ni Atin bukan nak cerita pasal pengalaman praktikal tapi nak kongsi satu resepi menarik yang Atin dah TER jumpa dalam Facebook baru-baru ini. KLIK SINI.

Bukan apa, tah tiba-tiba saja Atin teringin nak makan Kek Red Velvet tapi keinginan itu disimpan dalam hati ja, kena pulak satu hari tu Atin duk scroll Facebook then terjumpa resepi Red Velvet, hahh pucuk dicita ulam mendatang (errrr betuii ka dak pribahasa ni ntahhh....abaikan ja kalau salah) Atin terjumpa laa resepi yang di idam-idamkan selama ini. Eeww poyo + gedikssnya.

So apa lagi Atin pun teruih buka Microsoft Word salin balik resepi yang diberi, tanya nu tanya ni dapat la faham dengan jelas cara-cara nak buat kek ni. Petang tadi terus pi cari barang, fuhhh semangat nak makan kek idaman padahal bukan reti makan cheese sangat, saja nafsu saiton nirojim tu ja lebih.

Serius talkk... kek nihhh memang lembut dan moist sangat-sangat. So yummy. Bahan-bahan dia tak la banyak, normal la, butter pa semua tu. Tapi resepi ni boleh jugak kalau hampa nak guna marjerin, nak sedap kita guna butter la, tapi kalau guna marjerin pun sedap aihhh.

Okay la,kita toksah duk merapu panjang, jom kita usya apa bahan-bahan yang diperlukan untuk buat kek ini. Jom jom.

Sat nak tayang kek dulu.

Maaflah cheq ni tak berapa pandai nak deco, part hok sedih buah stoberi pun tadak, tadi pi beli barang kalut-kalut takdan sampai terlupa nak beli stoberi. Tapi takpa, makan jaa larh apa yang ada, BERSYUKUR. Hehehe.

RED VELVET KEK KUKUS

Sumber : Azlina Ina Fans

Ada lagi bahan tapi lupa nak ambil gambaq
Bahan-bahan :-

200 ml fresh milk
1 sudu besar cuka masakan - Atin guna cuka buatan ja
1 sudu besar pewarna merah - kak Ina kata, guna hok serbuk warna dia lawa

campur kesemua bahan ni untuk buat buttermilk, jangan kacau. biaq 10 minit.

230 gram butter/marjerin - Atin buh 250 gram teruih he..he..he..
1 cawan gula halus/gula kastor

Putar kedua-dua bahan ni sampai kembang.

2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar serbuk koko
3 biji telur ayam gred A

Ayak tepung, serbuk koko dan baking powder. Ketepikan.

Lepas butter dan gula yang diputaq tu kembang, masukkan telur ayam sebiji demi sebiji. Hok last tu Atin tambah la esen vanilla sikit, dalam resepi tak suh buh pun. Tapi saja gediks nak buh jugakk.

tambah jangan tak tambah
Lepas habis buh semua telur, dah sebati la kiranya, masukkan pulak tepung berselang seli dengan buttermilk kita tadi yang telah dibiarkan selama 10 minit. Sebelum masuk buttermilk tu, kacau la dulu buttermilk tu sikit, tapi pastikan lebih dari 10 minit baru kacau naaa.

1 sudu kecil soda bikabonat
1 sudu besar cuka masakan

campur kedua bahan ni, bila berbuih terus buh dalam adunan. Kacau sat then buh dalam loyang, tuppaware, dan kontainer ka pa benda yang hampa prefer nak guna tapi pastikan boleh guna untuk mengukus naaaaa.

Kukus selama 20 minit, sebelum nak kukus tu panaskan pengukus dulu. Atin kukus 25 minit. Saja derhaka resepi. Hehehe.


Jangan lupa tutup kek anda dengan plastik or aluminium foil sebab tamau bagi wap ayaq timpa kek

Api buka sederhana sahaja. Jangan buka api deras (kuat).

Atin dapat 5 bekas. satu tertimpa ayaq T_T
tapi takpa boleh la guna buat deco,
so buang bahagian yang timpa ayaq tu, perelai kek menjadi seperti gambar di atas.

Okay la kita cerita pasal cream cheese dia.

CREAM CHEESE leleh for Red Velvet

Atin dapat banyak ni jaa
250 gram cream cheese
1/4 cawan susu cair
1/4 cawan whipping cream dairy
1/2 cup susu pekat

Blender semua bahan ni lepas tu tuang atas kek dan tabur parutan cheddar cheese. Siap.

Ouhhh kalau nak bakar pun boleh, suhu 170'C bakar selama 20 minit jugak.

Selamat mencuba naaa. bye-bye.
Mana ada salah dan silap harap di maafkan.


Khamis, 26 Februari 2015

Praktikal Oh Praktikal

Assalammualaikum dunia dan selamat pagi. Mata Atin masih segar lagi walau jam sudah menunjukkan pukul 12:07 am. Huhuhuhu. Ni entry terakhir Atin untuk bulan ni. Kalau nak tenguk Atin update entry baru, tunggu lah lepas raya nanti k. Tu pun kalau rajin nak menaip lah. Hahahaha.

Pengalaman part time di Cinta Sayang Resort, Sungai Petani
Pejam celik pejam celik, sedar tak sedar dah setahun lebih Atin belajar kat Kolej Komuniti Sungai Petani, banyak kenangan manis dah pahit Atin dah alami semasa Atin belajar kat sana.

Jamuan akhir semester 3 di Salak Denai kut, lupaaaaa daaa
Berair mata, ketawa tak ingat dunia dan macam macam lagi. Biasalah manusia tak sempurna, adakala kita membuat orang terluka begitu jugak sebaliknya. Apa yang penting kita cuba maafkan kesilapan dorang kat kita dan kita jugak haruslah minta maaf pada mereka yang kita telah sakiti. Muahahaha. Poyooo.

Yang pasti Atin bakal merindui mereka semua, rindu serindu rindunyaaaaa.

Girls...kami di Langkawi..Cari tempat praktikal kononnya
 Malam  Pagi ni hati Atin bercampur baur, ada sedih, ada happy ada perasaan yang sukar digambarkan, sekali lagi poyooooo. Hahaha. Hmmmm  esuk  pagi satg or tengah hari satg Atin dah nak berangkat gi Langkawi. Sedihnyaaaaa, 4 bulan duk sana tak balik sebab masa tak mengizinkan.

Nak balikkkk. Nak balikkkk.


Kami di INTAN
Tularh pilih lagi tempat praktikal  dekat dekat  jauh jauh padan larh dengan muka anda. Hahahaha, ketawa jahat. Hok dekat tamau ambil nak jugak pilih jauh, dahla kena seberang laut. Tapi Atin memang suka Langkawi, sebab Langkawi banyak pantai, hari-hari boleh dating dengan laut. Atin memang suka gila dengan laut.

Apa pun terima sahaja larh, InshaAllah ada hikmahNYA. Belajar dari kesilapan itu HARUS dan WAJIB. Muahahaha. Gila sudahhh.

Apa pun Atin dah no idea nak menaip. Terima kasih sudi baca belog buruk ni. kBye.
Muahhh cikeddd :*

Isnin, 23 Februari 2015

Fried Angle Spice Entah Hape Larh Rasanya

Hai assalammualaikum pembaca belog buruk Atin. Apa habaq sehat ka? Mau kata tak sehat jangan buat sengan nak makan ubat naaa. Jangan duk buat ketegaq supa Atin yang sememangnya pemalas makan ubat.

Entry kali ni Atin bukan nak cerita pasal ubat tapi Atin nak kongsikan resepi Fried Angle Spice hasil olahan Atin daripada buku masakan Hidangan 15 Minit. Tajuk kat atas tu memang over kan, bukan apa, hari ni Atin puasa, so Atin memang la takleh nak rasa kecuali kalau dah azan Maghrib. Muahahaha.


Atin yakin ramai di antara kita suka makan Western Food, begitu gak dengan Atin, tapi Atin lebih suka buat sendiri, bukan apa harga Western Food ni sememangnya agak mahal, betul dak?? Tapi sekali sekali tu takpa la kut nak berbelanja untuk perut sendiri. kannnn ~

Tanpa membuang masa dengan karenah Atin yang always gediks ni, jom kita usya barang apa yang kita perlukan.

FRIED ANGEL SPICE

Sumber 1 : Hidangan 15 Minit
Sumber 2 : Budak Always Gedikss


Bahan-bahan :

Bahan A :

3/4 Angel Hair Pasta
1 pinch Salt
1 tbsp Olive Oil
1 liter or secukupnya air


Bahan B : ( Tumisan )

1 labu bawang besar - dicincang halus
2 ulas bawang putih - dicincang halus
1 tbsp lada hitam - dihancurkan
2/3 cup air rebusan pasta
2/3 cup sos chili/tomato
2/3 cup air
1/2 kuib pati ayam Maggie
4 tbsp Olive Oil


Bahan C : ( Marinated )

7 ekor udang - dibersihkan, buang kepala sahaja
25 gram isi ayam - potong dadu
1/2 sk Rosemary
1/2 sk Thyme
1/2 sk Mix Herbs
1 tbsp Paprika
1 sk Salt

** Semuanya TO TASTE or agak-agak
** Semuanya dry herbs


Bahan D : ( Optional )

4 biji meatballs
1/2 biji cauliflower
1 tbsp Parmesan Cheese

Cara membuatnya :

1. Perap isi ayam dan udang dengan bahan perapan selama 30 minit. Balut dengan aluminium foil kalau rajin. Hehehehe.

2. Dalam periuk, didihkan air bersama olive oil dan garam. Bila dah mendidih, masukkan pasta kedalam periuk, didih selama 2-3 minit. Toskan dan ketepikan.

3. Dalam saucepan or any pan, tumiskan bawang merah dan bawang putih dengan menggunakan minyak olive oil. Kacau sehingga naik bau.


3. Masukkan ayam dan udang yang telah diperap tadi kedalam pan, kacau sebentar dan masukkan meatball. Kacau sehingga udang dan ayam berubah warna.


4. Kemudian, setelah ayam dan udang berubah warna, masukkan air, air rebusan pasta, sos chili/tomato, lada hitam dan kuib pati ayam. Masak sehingga ia mereneh.


5. Setelah ia mereneh, masukkan cauliflower dan parmesan cheese. Kacau sebentar sehingga mereneh tutup api. Dah boleh ngapp dengan pasta yang direbus tadi. Hias mengikut kreativiti masing-masing.



** Korang boleh letak sayuran yang lain jugak, ikut suka korang lah nak buh sayur apa pun. Atin bukan peminat sayur, cauliflower ni pun hanya sebagai hiasan semata-mata. Muahahaha.

** Resepi ni untuk 1-2 orang makan tau.

Selamat mencuba, maaf kalau tak sedap. Hehehe. Saya budak baru belajar. Thanks sudi baca. Muahh cikedddd :*



Khamis, 19 Februari 2015

The Best Brownies In The World

Assalammualaikum bertemu lagi kita di hari Jumaat yang sungguh mulia ini, hari ni jari jemari Atin agak rajin nak menaip resepi The Best Brownies In The World. Memang the best pun, serius cakap. Hehehe.

Sejak akhir-akhir ni, Atin duk perati jak kawan-kawan kat Facebook, amboii bukan main lagi depa duk tayang brownies depa, mana boleh tahan. Terliur dibuatnya. Hahahaha. Raksasa makanan biasa la, mana boleh tenguk makanan, semua nak sapuuu tu badan supa tangki ayaq.

Sebelum ni Atin pernah guna resepi kak Azlita Aziz alaa belog Masam Manis tuuu. Nahh ni resepi kak Ita kita KLIK SINI. Tapi kali ni Atin nak try resepi baru pulak dari belog kak Inahar's Cooking Time, untuk resepi KLIK SINI.

Resepi kak Inahar's memang mudah sangat-sangat tau. Takyah guna coklat kompound pun takpa, kecuali kalau rasa nak buat garnishing la. Alaaa nak buat corak marble kat atas dia bagi lawa sikit. Muahahaha.

Tanpa melengahkan masa lagi, korang salin la resepi ni and try buat bila ada masa nanti.

THE BEST CHOCOLATE BROWNIES IN THE WORLD

Sumber 1 - Ilaz Azhar
Sumber 2 - Inahar's Cooking Time


Bahan A

4 biji telur
2 cup castor sugar

* resepi asal guna 2 cup castor sugar tapi saya tukar kepada,

1 cup castor sugar
1 1/2 cup brown sugar
1 cup melted butter
2 sk vanilla essence

Bahan  B

1 1/4 cocoa powder
1/2 cup wheat flour
1 pinch salt
almond nibs *
walnut *
chocolate chips *

Tiga bahan B yang bertanda * adalah OPTIONAL, kalau rasa nak letak silakan, kalau tamau pun takpa, its up to you. Saya buh chocolate chips aje dehh.

Cara Membuatnya :

1. Gris loyang 10"x10" dengan butter atau minyak kemudian tabur sedikit tepung.

* Kalau rasa nak lapik dengan baking paper pun boleh, tapi haruslah gris dengan butter dahulu yaa anak-anak.

2. Dalam mangkuk, pukul telur sehingga kembang kemudian tambah gula kastor dan gula perang dan terus memukul sehinga gula hancur.

3. Lepas tu, tambah esen vanilla dan mentega cair.

* Bila dah buh mentega cair tak digalakkan untuk memukul lebih lama yaa. Kalau Atin lepas buh mentega cair ja Atin terus guna kaedah KAUP BALIK aje.

4. Kemudian tambah tepung, serbuk koko dan garam kaup balik sehingga adunan sekadar bercampur bahan gituu.

5. Akhir sekali boleh larh masukkan kekacang ke hape ke yang korang rasa nak bubuh. Kaup balik SAHAJA bagi rata. Jangan kaup lelama tau.

6. Tuang adunan kedalam loyang. Bakar pada suhu 180'C selama 30-40 minit bergantung pada suhu oven masing-masing. Atin guna api bawah dulu, lagi 10 minit nak masak baru Atin buka api atas bawah.


Tips
* Jangan putar adunan brownies terlalu lama naaaaa, kaup balik sekadar bahan bercampur aje.
* Kalau nak dust dengan ising sugar kat atas brownies yang sudah dibakar pun boleh.
* Sila potong dengan kadar segera bila brownies ni dah masak, takut satgi dia merekah bila dah potong waktu sejuk, tapi terpulang larh pada diri masing-masing na.

Selamat mencuba naaaa, rugi kalau tak cuba.

Biskut Lapis Cheese a.k.a Cheesekut

Assalammualaikum pembaca Atin yang comel and hensem dari kecil. Hampir setahun sudah Atin tak update entry baru, muahahaha, hangat-hangat taik ayam betul Atin bab nak buat belog ni. Maaf yaa, bukan apa biasa larh student like me is always busy dengan assignment larh itu larh ini larh and macam-macam larh. ALASAN semata-mata. Padahal asyik buat taik mata. hehehe.

Hokay abaikan leteran minah senget ni, entry kali ni Atin nak cerita how to make CHEESEKUT NYAMITO. Eceli cheesekut aje namanya, saja nak menambah perisa. Muahahaha.

Bahan-bahan yang diperlukan amatlah mudah didapati dipasaran. Cewahhh. SERIUS Atin suka resepi dari belog kak Evelyn Gemina KLIK SINI sedap sangat-sangat. Hehehehe. Resepi kak Evelyn nih tak guna pun susu segar. Ada setengah orang depa buh susu segar, it's depend on you, kalau rasa nak buh, celup la sat biskut tu dalam susu then susun dalam loyang, tupperware or apa sahaja bekas yang korang nak guna.

Okay larh daripada Atin duk potpet macam minah senget baik Atin bagitau apa yang kita perlukan untuk buat cheesekut nihh.


Bahan A :
250 gram Cream Cheese
1/2 tin or 250 gram susu pekat
1 sb lemon juice - optional

* kalau tamau manis sila kurangkan yerk.

Bahan B :
1 paket biskut masin

*Atin ikut kak Evelyn, Atin guna Golden Cracker Julie's, kalau nak guna biskut lain pun boleh

Bahan C :
Vico / Milo - optional
Oat
Nestum

Cara-cara membuatnya :

1. Sediakan bekas yang korang nak buat cheesekut ni. Kalau rasa nak potong-potong bagi nampak cantik, gunalah false bottom pan segiempat bersaiz 8 inci, jangan lupa alas loyang dengan plastik wrapper.


2. Pukul bahan A sehingga lembut dan berkrim. Letak tepi.



3. Susun biskut dengan kemas dalam loyang. Kalau rasa nak celup susu segar silakan. Up to you. Kalau tamau celup susun ja biskut macam biasa.



4. Sapu rata adunan cream cheese sedikit diatas biskut yang telah disusun tadi, Atin guna piping bag, kalau korang tamau guna pun takpa, just pakai sudu or whatever untuk ratakan cream cheese yang telah dipukul tadi.

5. Lepas sapu cream cheese buh la bahan C, tabur rata, kalau tamau buh oat/nestum pun takpa, ikut selera korang la kan. Atin buh nestum dan vico aje deh.



6. Ulang process 3 4 5 sehingga aduanan cream cheese habis. Tutup dan sejukkan 1-3 jam or semalaman dalam peti ais baru lah boleh dipotong untuk di ngappp.



Selamat mencuba naaaaa !!! Rugi kalau tak cuba !!!

Rabu, 30 April 2014

Kegilaan Cik Fatinalwani anak Pak Cik Rosli dan Puan Zainab

Holaaa, Assalammualaikum semuanya.

Heheheh, hari ni, malam ni, saat ini jari jemari Atin terasa bersemangat pulak nak menaip entry. Mimpi apa tak tau larh. ( buat lawak yang tak lawak langsung ). Abaikan.

Entry kali ni Atin nak cerita tentang KEGILAAN Atin. Ecely Atin ni suka sangat dan suka tahap  dewa  gaban kalau nak membaking. Huhuhuhu. Sebut ja nak buat kek atau biskut mesti otak Atin ni nak menjerit kegembiraan ( ehhh otak menjerit ??? betul ke tak budak ni ) Muahahahaha.

Tapi seriously, Atin ni memang obsess kalau sebut tentang baking, pasty, bakery or seangkatan dengannya. Ecely Atin takla pandai sangat. Pernah buat kek tapi tak menjadi. Memang kecewa sangat. Tapi Atin tak mau mengalah, tak mau putus asa sebab dari kesilapan itu kita belajar dimana salah kita. 


Rainbow kek yang tak berapa nak jadi
Ni first time Atin buat rainbow kek. Memang banyak sungguh ujian masa tu. First mixer rosak. Lepas tu cream cheese dia tak cukup. Deco yang entah pape. Kek dia pulak cepat sangat nak relai ( pecah ). Sedih kut. Mula-mula rasa give up tapi my sis bagi semangat. Dia kata takpa belajar dari kesilapan. Huhuhu.

Chocolate Indulgence Cake
Muahahaha ni first time gak buat Kek Coklat Indulgence. Hehehehe. Penat kut nak buat kek ni. Nak kena buat satu-satu. Banyak jugak halangan. Tapi bila dah siap memang seronok gila. Muahahahaha.


Rainbow Kukis / Biskut Lidah Kucing
Rasanya ni first time gak Atin buat biskut ni. Memula buat tak rasa ranggup sangat tapi tetapi lincin balang. Lepas tu buat len Alhamdulillah ranggup dimulut. Muahahahaha. Biskut ni menjadi kesukaan anak sedara Atin.

Bebola cinta. Muahahahaha
Ecely Atin tak tau nak buh nama apa. Asalnya kek rainbow kali kedua Atin buat tak menjadi sebab dia pecah-pecah. Then kakak Atin bagi idea suruh buat bebola ni. Memang nyum nyum kalau makan time sejuk. Muahahaha.

Pretzel, maaflah rupa dia buruk gila, sebenarnya
Atin tak pandai nak buat, tapi gedikssss jugak nak buat
Kononnya nak buat pretzel. Tapi entah larh jadi ka dah. Muahahaha. Masa nak uli doh pretzel ni memang lenguh gila tangan. Duk malam tuh Atin terus sakit pinggang. Tula mixer ada tamau guna. Nasib larhh kan.


Oreo Cheesecake baked
Ni first time gak Atin buat oreo cheesecake ni. Ecely Atin ni bukan makan sangat cheese-cheese ni  tapi  oleh sebab ada perasaaan ingin mencuba Atin buat jugak. Hehehehe. Maka ini larh hasilnya.

Rasanya ada lagi gambar-gambar yang Atin nak kongsi tapi Atin tak tau duk tang mana. Mata dah start berat, cukup larh enty kali ni Atin merepet. Next time Atin muncul lagi dengan kacang parpu yang lain.

Pssssttt. KACANG PARPU maksudnya MERAPU. Lawak tak sampai. Abaikan larh.

k, bye. Good nite si comel dan si kacak.

Thank you sudi baca. Tata titi tutu. Muah cikedddd... :*